Monday, January 19, 2009

PENGALAMAN @ KENANGAN SEMALAM

Entah kenapa timbul keinginan
setelah mendengar nasib seorang rakan
yang bekerja di sektor awam
yang meluahkan segala kepahitan.

Lalu teringatlah penglamanku yang semalam
bukan mengutuk atau rekaan
tapi ia sebuah pengalaman dalam kehidupan
sewaktu bertugas di sektor swasta dan sektor awam.


Sewaktu bertugas di sektor awam:

1. Jika anda pekerja bawahan, idea atau 'ilmu' anda tak dihargai atau diperlukan oleh mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss. (Kebanayakan boss sebegini adalah mereka yang tak tahu buat kerja atau bahasa kasarnya boss bodoh sombong). Melainkan jika boss anda cerdik dan berilmu.

2. Jika anda ada idea yang bagus, jangan cuba tunjuk pandai kepada mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang tak tahu buat kerja atau bahasa kesatnya hampeh. Jika anda buat juga, maknanya anda sengaja memasang api di sekeliling anda. (Beruntung jika boss anda jenis yang berilmu tinggi, maka anda akan dihargai).

3. Jika anda bekerja dengan kelulusan SPM / Diploma, sedangkan anda memiliki ijazah ( mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss tahu mengenai kelulusan anda itu), dan anda mempunyai banyak idea yang bagus untuk kebaikan jabatan, maka bersedialah untuk berdepan dengan 'kemusnahan' kerjaya anda. (Sementelah lagi jika mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss itu tak tahu buat kerja atau bahasa ganasnya 'happrak' yang merasakan dirinya terancam dengan kelebihan anda). (Jika boss anda berilmu tinggi dan tahu buat kerja, anda dianggap sebagai aset jabatan).

4. Jika anda tak tahu buat kerja, kenalah bijak mengampu dan membodek sekiranya anda ingin terus selamat di bawah mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang sama seperti di atas atau bahasa ngilunya boss 'pherak'. (Hasil siasatan tak rasmi - bodek dan ampu masih releven hingga kini). Awas! membodek dan mengampu itu teramatlah hinanya...).

5. Boss / 2nd boss yang mudah diampu dan dibodek adalah mereka yang tak tahu apa tugas sebenarnya, manusia jenis tanpa pendirian, bermuka-muka, serta takut dan bimbang dengan kebijakan pekerja bahawahanya.

6. Jika ada masalah dalaman, mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang 'hampeh' itu tidak tahu cara atau tidak ada idea yang baik untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya apa yang dia tahu ialah menukarkan pekerja-pekerjanya dengan membuta tuli. (Kerana itulah banyak terdapat masalah yang berkaitan dengki khianat dan fitnah dan bermusuhan sesama sendiri sama ada secara terbuka atau secara diam dalam satu jabatan).


Sewaktu bertugas di sektor swasta:

1. Walaupun anda pekerja bawahan, jika anda mempunyai idea yang bernas dan bagus untuk kebaikan syarikat, anda amatlah dihargai.

2. Jika anda bijak dan bagus dengan tugasan, anda sentiasa diberikan peluang untuk meningkatkan diri anda.

3. Boss-boss tidak akan merasa terancam dengan kebijaksanaan dan kebolehan anda. Sebaliknya anda adalah manusia yang beruntung.

4. Orang bawahan tidak berpeluang untuk mengampu atau membodek. Kerana mereka yang dipilih bekerja adalah mereka yang benar-benar berkemampuan dengan tugasan dan tanggungjawab.

5. Sukar menjumpai boss yang mudah dibodek atau diampu. Mereka tahu dan faham serta sememangnya berkebolehan dengan tanggungjawab yang diberikan.

6. Sukar kedapatan pekerja yang busuk hati sesama sendiri. Ini adalah kerana kebijaksanaan dan kemampuan boss mengawal dan menyelia pekerja-pekerjanya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Di mana ada tempat yang gatal, perlulah dirawat segera, sebelum ia merebak menjadi kudis atau pekung yang berbisa."

0=================================================0

10 comments:

Tie said...

Hmm...dari pengalaman laa, kerja kat dgn sykt swasta pun tak banyak beza... ramai juga kaki bodek.. dan bermain politik ni...

Bodek hubby macam mana, ekk?? Sunat ke makruh?? Hi hi...

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
politik ada di mana2,
bezanya jujur atau berpura.

bodek ikhlas takpe. jgn bodek ada kepentingan di luar kemampuan.

noorlara said...

al,
lara punya pengalaman bekerja di kedua-dua sektor, 200 persen benar apa yang saudar utarakan, pun begitu bila adalah menjadi tanggungjawab semua org untuk mengubah budaya seumpama itu, mengujudkan suasana kerja seperti sebuah keluarga dengan matlamat yg sama untuk mencapai sasaran organisasi yg dianggotai dan udah tentu agama menjadi amalan uatama.

Selamat malan

Afida Anuar said...

xde pengalaman lagi kerja di sektor awam.. cuma di sektor swasta..apa yang incik Al-bima nyatakan itu ada benarnya...

cuma kekadang je, ada jugak yang main kipas2..eheh

waAllahualam..

KTS said...

kesimpulannya,
masuk kandang kambing, mengembek...
masuk kandang harimau, mengucap....

thanx for the tips...
manala tau kot2 pasni aku gi ke sektor awam, mungkin boleh membantu... :D

Mak Su said...

lain padang lain belalng ya

kad0k. said...

syukur aku kerja disektor swasta...mmg banyak bezanya dgn sektor awam kalau dibandingkan dgn kawan2 seusia yg bekerja dalam bidang yg sama..hehehe

Bila Diary Bercerita said...

Bima,
memang kalu kat swasta ada baikkkk sikit drpd jab kerajaan tu.
Tapi kan bab membodek tu kadang-kadang ada masanya kat swasta ni lagi teruk dia punya kipas....mau sampai koyak rabak kipas tu..he..he.

Izariza said...

Salam,

Kerja sendiri pun tak senang jugak kan .. :O


p/s: jemput ke teratak baru ..

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
buat ape-ape biar patut padan... penting biar agama diutama...


afida;
kipas tu biasa la. org boleh buat kerja kipas takpelah. yg bodoh sombong turut kipas, itu yg jadi masalah bila kipasnya menjadi...


ku tak sempurna;
berhati-hati tu baik...


mak su;
lain org lain belang...


kadok;
memang berbeza-beza...


aishah jamal;
memang perangai sebegitu ada di mana2. bezanya ketara atau tak...


izariza;
salam,
rasanya ok. tp bila ada kaitan dengan sebilangan jab awam, itulah yg selalu bermasalah. (masalah yg sengaja dicipta).