Saturday, January 3, 2009

BERMUHASABAH DIRI

Sempena musim baru yang berganti
bersamalah kita bermuhasabah diri
berubah dengan seikhlas hati
daripada buruk perangai kepada elok pekerti
daripada jahat laku kepada sikap terpuji
daripada kekurangan kepada kelebihan diri
elak daripada dihina dicaci
kemiskinan moral dihindari
bersihkan diri daripada jijik dan keji
kekayaan pekerti ditambah dicari
kekayaan harta harus disyukuri
ingatkan Allah tak berbelah bahagi
insya-Allah akan selamat ke mana pergi.
******************************************
SEKEHLOGI
"Duit bukanlah segalanya. Tapi duit mampu menyelesaikan banyak perkara."
*******************************************

10 comments:

Rajuna said...

akan diusahakan.
walaupun kekecewaan menebal.

KTS said...

insyaallah... semoga hijrah ini jadi hijrah yg positif..

suka sekehlogi tu... best.... :D

kad0k. said...

aku setuju pasal duit tu..banyak yg bole diselesaikan dgn duit..dan menyenangkan...benda susah menjadi senang dan benda x munasabah bole jadi munasabah..tu duit punya power...hehehe

Danielle_Corleone said...

Duit tetap jadi masalah utk gua. saban bulan.

Nek Cun said...

Macam nekcun selalu pesan pada anak cucu, carilah ilmu yang boleh dimanfaatkan kerana ilmu yang betul boleh menjaga kita dunia dan akhirat...InsyaAllah.

Mak Su said...

yes...betul

noorlara said...

Al,
ke mana tu masih bermuhasabah diri ke atau tenggelam dalam aktiviti hari, kanan dan kiri hingga tak cukup masa nak jenguk blog sendiri! hahahha
kalau sebelum tido masa lip lap lip lap tu recall semula apa kita buat siangnye tentu sendiri tau mana yg salah dan yg betul telah kita lakukan siang tadi, pastikan yg ada unsur dose tak diulang-ulang tak gitu, masalahnye kita suka menjadikan alasan kejadian kita sebagai manusia untuk berbuat dosa, kesiaaaan kita hai kesian kite. "Duit bukan segalanya tapi zaman ni segala-galanye duit" Terima kasih atas ingatan tu

Bila Diary Bercerita said...

Duit? Nilai nya makin susut...
Zaman sekarang kalu tak berduit pun payah juga.

Anonymous said...

muhasabah ni penting terutama sebelum tido...jangan biarkan hari esok berlalu tanpa sebarang muhasabah

AL-BIMA SAKTI said...

rajuan;
berusaha arah kebaikan, satu kemuliaan.

ku tak sempurna;
sentiasalah ke positif...


kadok;
duit punya power,
silap2 jadi gila,
yg gila jadi sempurna,
yg sempurna boleh gila...


danielle;
duit selalunya jadi masalah kpd semua orang yang waras...


nek cun;
ilmu yg betul akan jadi sempurna,
ilmu yg tak betul boleh jadi tak guna...


mak su;
yesss...


noorlara;
banyak kerja nak buat
kena berputar ligat
bukan terlupa atau tak ingat
tp apa boleh buat
ada novel nak kena siap
ada sajak nak kena garap
kekadang mata tak terlelap
tp aku percaya aku tak silap...


aishah jamal;
nilai duit makin susut
namun perut tak juga terjerut.

ada duit banyak tak susah,
tak ada duit lagi banyak susah...


peminatjutawanmalaysia;
kerap2lah bermuhasabah,
agar yg baik akan tergubah,
yg buruk akan berubah...