Friday, December 4, 2009

JANGAN KERANA DISALAHGUNA, PIHAK LAIN PULA YANG SUSAH..!

mat rempit Pictures, Images and Photos Kerajaan tak bercadang nak naikkan harga gula. Kerajaan juga tak berhasrat nak tarik subsidi bahan pemanis itu. Bermakna, harga gula kekal seperti biasa.

Sebelum ini ada cadangan agar subsidi gula ditarik balik. Bermakna harga gula akan menjadi lebih mahal daripada biasa. Tujuannya ialah supaya pengguna berjimat cermat dengan gula. Kerana gula dikaitkan dengan penyakit kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia, yang puncanya kerana gula murah dan pengguna memakan banyak gula.

Dalam soal sakit dan penyakit ni, sendiri mahu ingatlah. Jangan kerana ramai yang 'telan' banyak gula kerana murah hingga ramai kena penyakit kencing manis, jangan kita menyusahkan pihak lain pula dengan menaikkan harga gula.

Kalau sebelum ini pokok ketum diharamkan kerana penagih menyalahgunakan daun pokok itu sebagai pengganti ganja. Tak pasal-pasal pokok itu menjadi mangsa haram, yang sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada sebilangan orang yang menggunakan secara baik untuk perubatan.

Sementara sedikit masa lalu, ada cadangan untuk mengharamkan gam pula, atau tidak dijual secara bebas, kerana bahan itu disalahgunakan sebilangan 'manusia lalok' untuk melepaskan gian.

Tapi cadangan itu senyap dan sunyi sehingga kini. Kalau diharamkan, tentu ia akan menyusahkan banyak pihak lain pula.

Satu lagi masalah yang tak pernah selesai ialah keliaran Mat Rempit. Masalah yang menyusahkan ramai pengguna jalan raya lain. Begitu juga 'kejahatan' peragut-peragut bermotosikal yang menyebabkan banyak nyawa yang tak berdosa melayang. Akan tetapi tiada pula kita pernah mendengar cadanganagar penggunaan motosikal diharamkan di Malaysia.

Mungkin kerana kita semua faham bahawa motosikal itu banyak digunakan oleh golongan-golongan tertentu, yang bersesuaian dengan kehidupan mereka.

Oleh itu, dalam banyak perkara kita mesti berpandukan kewarasan akal. Janganlah kerana sesuatu itu disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan ia merupakan keperluan kepada pengguna-pengguna lain yang bersesuaian, maka janganlah begitu mudah untuk kita menjatuhkan hukuman mengharamkannya.

4 comments:

naz ilyn said...

salam.... tulah pasal jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

noorlara said...

masih tak fahamle apa maksudnya rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, betulke tu atau sekadar untuk sedap didengar berdegar degar....memang betul hal penyakit sendiri kena tahule kalu nak sihat..

Guten Tag said...

kalau nak diharamkan motosikal nih . uish..kesianlah kat semua orang..

AL-BIMA SAKTI said...

armouris;
gula yg menggula-gulakan...


naz ilyn;
itu pasal la ni susu setitik pun boleh rosakkan nila sebelanga...


lara;
rakyat didahulukan maknanya cukai tu kena bayar dulu dalam apa2 hal pun.
pencapaian diutamakan maknanya nak capai sesuatu kena ada kabel. kalu takde kabel takleh capai walaupun tangan memang dah agak panjang...


gutan;
tu pasal tak diharamkan...