Sunday, July 19, 2009

MUKJIZAT ISRAK MIKRAJ

Peristiwa Israk Mikraj ialah mukjizat
oleh itu tiada alasan menolak hakikat
dengan roh dan jasad
kerana peristiwa Israk Mikraj
agung bukan atas usaha ikhtiar
Nabi Muhammad SAW
sebaliknya Baginda menghebahkan kepada orang ramai
sudah 'diisrak dan dimikrajkan'
oleh Allah SWT bersama Malaikat Jibril.

Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT
bernama burak yang dicipta daripada cahaya
khusus untuk suatu pengembaraan Nabi SAW
dengan peristiwa bersejarah
diisrak dan dimikrajkan ke langit.

Antara sebab berlakunya Israk Mikraj
pada tahun ke-11 kenabian Baginda SAW
adalah punca penolakan penduduk Makkah dan Taif
terhadap ajaran Islam yang dibawa Baginda.

3 comments:

Anonymous said...

Teringat masa kecik2 dulu. Bila ayah ceritakan kisah israk Mikraj ni, rasa terpegun je, hehe....

noorlara said...

dan antara rahsia kejadian israk wal mikraj baginda rasulullah adalah untuk memberitahu umat manusia betapa berita tentang surga, neraka dan adanya hari pembalasan adalah benar belaka dan anugerah sembahyang 5 waktu yg mendekatkan kita kepadaNYA setiap hari tak gitu Al

AL-BIMA SAKTI said...

kayteeze;
kita pun cam tu gak. masih terngiang2 sampai la ni.


lara;
semasa israk & mikraj, nabi bertemu dgn sorang wanita cantik yg memperagakan perhiasan dirinya. Tapi nabi tak mudah terpedaya... lalu jibril beritahu nabi, wanita itu adalah kiasan kpb umat baginda yg kasihkan dunia atau hubbud dunya...