Friday, April 3, 2009

TAHUKAH ANDA...

SIAPAKAH MANUSIA DI SEKELING ANDA..?

Sedarkah anda, di sekeliling anda sebenarnya terdapat pelbagai kaum/golongan tertentu dengan pelbagai karenah yang merimaskan dan lagi menjelikkan. Yang saban hari kita temui, namun mungkin anda terlepas pandang dengan situasi tersebut.


1. KURANG AJAR

Sikap ini biasanya dikaitkan dengan kaum atau golongan tertentu. Terutamanya mudah terdapat di jalan raya, yang tidak pernah mempedulikan pengguna lain dengan sikap kurang ajarnya.

Juga golongan ini suka meletakkan kereta sesuka hati dan mempamerkan sikap angkuh dan egonya, walaupun menyulitkan pengguna lain.


2. LEBIH SUDU DARI KUAH / BODOH SOMBONG

Sikap ini dikaitkan dengan kaum/golongan tertentu. Walaupun tidak ramai, namun ia cukup merimaskan situasi.

Golongan ini memang dianggap lebih sudu dari kuah. Pantang diberi muka, ia akan bertindak melebih-lebih.

Kalau mereka menunggang basikal di jalanraya, mereka akan berlagak seperti menunggang motosikal. Kalau menunggang motosikal pula, lagaknya macam memandu kereta mewah.

Golongan ini juga dikaitkan bahawa mereka tidak pernah berfikir sebelum bertindak. Dan suka bertindak mengikutkan hati.


3. HIPOKRIT / EGO

Golongan ini suka menonjolkan kononnya merekalah yang paling alim dan warak. Kononnya golongan yang lebih tahu mengenai agama. Mereka menilaikan kealiman seseorang berdasarkan pakaian.

Golongan ini sukar mengukirkan senyuman dan nampak mesra dengan manusia sebangsa dan seagama dengannya. Mereka cuma mesra di kalangan golongan mereka saja.

Didapati golongan ini juga kurang berbudi bahasa.

Terlalu ego dan hipokrit, bahawa merekalah kononnya yang terbaik. Sedangkan dalam masa yang sama mereka ini tidak pernah memikirkan perasaan orang lain. Hanya mereka saja yang kononnya bertindak dengan betul.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan tersebut, membuktikan bahawa mereka terlalu cetek ilmu agama (akhirat) dan keduniaan, namun berlagak seperti manusia yang cukup baik dan sempurna.

Sikap mereka ini tak secara langsung amat memalukan golongan alim yang sebenar. Dan sedikit sebanyak turut menjejaskan keyakinan dan kepercayaan kaum-kaum lain untuk mendekati Islam.


4. KELIRU / MUDAH DIPENGARUHI

Didapati sebilangan golongan pelajar sekolah menengah adalah golongan yang paling keliru dengan diri sendiri. Mereka teramat keliru tentang sesuatu yang baik dan sesuai untuk mereka lakukan.

Selain itu, mereka juga tidak berbudi bahasa dan tidak tahu menghormati orang yang lebih dewasa daripada mereka.

Mereka juga mudah terpengaruh kepada perbuatan yang tidak baik dan sering kali menonjolkan sikap kurang ajar. Ingin mudah mencuba sesuatu walaupun sudah diketahui yang sesuatu itu tidak baik dan akan memudaratkan diri.

Mereka juga akan menyalahkan ibu bapa atau keluarga jika perbuatan buruk mereka diketahui atau terjadi sesuatu yang buruk ke atas diri mereka. Sekadar untuk melepaskan diri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Sesungguhnya perbuatan yang baik itu bukanlah sekadar lakonan. Walaupun kekadang lakonan itu mampu menonjolkan perbuatan yang terbaik."

****************************************************

10 comments:

Unknown said...

Golongan yg ketiga itu sebenarnya musuh dalam selimut tanpa mereka sendiri sedar :(

chekdenoor said...

Albima...susah nak bantu orang betulkan sikap-sikap mereka ....so..... biarkanlah....

Cuma..kita perlu sayangi diri dan keluarga..... sentiasa berdoa agar ALLAH membantu kita agar segala prilaku dan pertuturan kita adalah berada dilandasan yang betul dan terbaik......

dcrysz said...

Al_Bima..
kata abah saya pada suatu ketika dulu...
"Biar kurang makan...Jangan kurang Ajar..."

dcrysz said...

Tapi tulaa manusia yg ada disekeliling kiter....

arsaili said...

salam..semoga tidak tergolong dalam golongan tersebut

ryann said...

jumpa orang2 yg macam ni ler yg terpaksa jadi sarkastik

kad0k. said...

golongan ketiga tu...kadang2 rasa mau sound aje orang2 mcm tu..tp..biarla dia dgn labu2 dia...haihhh

kak ja said...

Salam tuan rumah,

Kak Ja suka blog ni.. InsyaAllah akan dtg balik ke sini..

AL-BIMA SAKTI said...

Zalisa;
org yg tak sedar dirinya siapa, selalunya akan bawa banyak masalah dan tempiasnya akan susahkan org lain.


chekde;
stuju dgn chekde. tp kekadang kita terpaksa berurusan dgn orang2 yg mana sikapnya tak menunjukkan kesesuaian dirinya berada di sesuatu tempat yg memerlukan dia berurusan dgn org lain.


dcrysz;
kurang makan hanya menyusahkan diri sendiri. Kurang ajar pula boleh susahkan orang lain, dan boleh menyebabkan orang lain juga boleh jadi terkurang ajar.


arsaili;
insya-Allah...


ryann;
adakah terlalu sukar untuk kita tidak mencari kemarahan orang ataupun tidak sengaja mencipta kebencian sesama insan?


kadok;
org yg tidak cukup ilmu selalunya riak... tidak sedar kelemahan diri dan tidak peduli teguran org.


kak ja;
terima kasih... silakan...

Marzalina said...

ragam manusia pelbagai bagai..hidup ni memang pentas lakonan..