Wednesday, May 28, 2008

TOHMAHAN PERLU DIJAWAB

Dengan ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dan meracuni fikiran rakyat, membuatkan kerajaan tidak akan mendiam diri lagi dan bersedia untuk menghadapinya. Begitu tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kesilapan besar kerajaan sebe lum ini adalah kegagalan untuk meneutralkan segala tuduhan tidak berasas yang tersebar luas melalui blog di internet. Ia merupakan satu faktor yang tidak dijangkakan dan telah mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kerajaan.

"Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu telah memberikan pengajaran agar kerajaan menyiapkan diri sepenuhnya dengan medium media baru ini," tambahnya lagi.

Moral: Setiap tuduhan atau tohmahan melulu yang dilemparkan kepada sesiapapun, tidak kira melalui internet atau apa saja, mesti perlu dijawab dan diperjelaskan. Manusia yang semakin berilmu hari ini, yang sebenarnya semakin pendek akal, terlalu mudah dan percaya apa saja yang didengarinya tanpa usul periksa.

KALAU SESIAPA YANG KENA TUDUH HANYA MENDIAMKAN DIRI, KERANA PERCAYAKAN 'YANG BENAR AKAN TETAP BENAR', SEBENARNYA DIA SENGAJA MEMBIARKAN DIRINYA BERTERUSAN MENJADI MANGSA SI PEMBUAT FITNAH ITU.

Oleh itu, setiap yang tidak benar itu perlulah dinafikan sekeras-kerasnya. Selagi yang kena tohmah itu berdiam diri, selagi semakin orang akan percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Manusia hari ini memang suka ambil kesempatan untuk memburukkan orang lain, terutama kepada orang yang 'lebih' daripadanya. Mungkin cemburu atau kerana hasad dengki yang bernanah dalam dirinya. Berwaspadalah..! Manusia sebegini berada di mana-mana... dan mungkin dia 'rakan' kita.

TIADA KEBEBASAN YANG MUTLAK

"Kebebasan bersuara sememangnya adalah hak asasi tetapi ia bukanlah sesuatu yang mutlak atau boleh dilakukan tanpa kawalan. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk merosakkan reputasi dan harga diri seseorang atau menghina agama lain termasuk agama Islam," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas belaiau lagi, "Setiap negara termasuk Malaysia memerlukan undang-undang untuk melindungi rakyatnya daripada sebarang dakwaan berunsur fitnah dan mempertahankan institusi terasnya daripada kenyataan berbentuk hasutan."

Moral: Setiap kebebasan bergerak ada hadnya. Setiap kebebasan bersuara ada batasannya. Kenapa perlu bersuara seandainya boleh menyinggung puak atau individu tertentu, sedangkan kita mahu sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian kehidupan di negara yang aman damai ini. Kenapa perlu dicetuskan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama? Mereka yang cenderung ke arah itu sebenarnya mempunyai motif tertentu dan niat tersembunyi serta tidak ada perasaan syukur dan sayangkan negara ini. Individu sebegini sepatutnya tidak dibiarkan terlepas bebas di negara ini, dan perlu menerima hukuman.

Tuesday, May 27, 2008

"OH PULAU BATU PUTIH.., OH PULAU PISANG..!"

Pulau Batu Putih kita dah terlepas. Yang tinggal hanya 'putih' mata. Macam mana benda macam tu boleh berlaku tak taulah. Ini menunjukkan lemahnya orang yang bertanggungjawab dari awal dulu lagi.

Pulau yang sepatutnya jadi hak kita, boleh terlepas ke tangan orang. Begitu mudah. Tak dapat kita nak pertahankan. Apatah lagi kalau kita nak jadikan hak orang menjadi milik kita. Lagilah jauh akal dengan realiti nampaknya. Yang hak sendiripun terlepas, apatah lagi nak cari yang lain.
Dan keputusan dah pun terjadi. Terima sajalah... walaupun hati pedih.

Cerita terbaru ialah mengenai Pulau Pisang pula. Dengar kata dan pengakuan pihak tertentu, pulau itu adalah milik kerajaan negeri Johor. Tapi tak taulah apa akan terjadi di kemudian hari. Maklumlah, dalam dunia hari ini, macam-macam boleh terjadi, walaupun di luar dugaan. Dan harap-harap kali ini taklah terjadi 'pisang berbuah dua kali' pula.

Moral: Perangai orang kita ialah selalu ambil mudah dalam banyak perkara. Semua perkara, hanya main pukul rata aje. Bila dah terjadi sesuatu yang tak terduga, barulah nak terbeliak biji mata. Jangan sampai negara sendiri tergadai sudah...!

Tuesday, May 20, 2008

"MELAYU OH MELAYU..!"

Melayu bila dah terhantuk
Barulah Melayu nak terngadah
Melayu selagi tak terhantuk
Selagi itu assyik nak berbalah.

Melayu berebut nak memerintah
Melayu berebut nak mengarah
Melayu berebut nak naik ke atas
Melayu berebut pintas memintas
Melayu asyik dengki mendengki
Melayu asyik lobi melobi
Melayu berebut nak kuasa
Melayu berebut nak kaya
Melayu berlumba pijak kepala Melayu
Melayu berlumba tikam belakang Melayu
Melayu berlumba nak bunuh Melayu
Melayu teruja nak jahanamkan melayu
Melayu teruja nak padamkan Melayu;

Melayu tak pernah sedar diri
Melayu tak pernah cermin diri
Melayu dari hari ke hari
Melayu semakin nak mati.

Melayu sebenaranya dah tak ada kuasa
Melayu sebenarnya dah nak hilang pusaka
Melayu sesungguhnaya kurang apandai
Melayu sesungguhnya menang sorak kampung tergadai.

Dah 50 tahun merdeka
Melayu gah diri tak tau ke hala
Sebenarnya susah nak cari Melayu yang benar-benar berilmu
Belajar tinggi-tinggi tapi otak masih jugak lagu tu.

Konon ada yang nak tunjuk bijak
Pandai tak seberapa tapi terlebih lagak
Sebab ilmu tak berapa ada kat dada
Masa masuk universiti asyik baca buku nak lulus periksa
Setahun hanya baca sebuah buku saja
Macam mana ilmu nak tertimba.

Masa belajar PTPTN disediakan
Harap duit keluarga tak cukup sakan
Walaupun PTPTN duit pinjaman
Tapi tak pernah bersyukur kepada Tuhan
Tak reti nak kenang budi yang memberi
Apatah lagi kenang jasa seikhlas hati
Susu yang diberi tuba pula yang dibalas
Kononnya di hati baru terasa puas.

Apa yang orang buat semua tak kena
Konon rasa diri nak bijak belaka
Bakal dapat ijazah berjela-jela
Mula rasa nak besar kepala.

Konon dah terlebih nak tunjuk pandai
Mujur negara tak tergadai
Begitulah malang nasib si Luncai
Hantuk kat dinding biar otak berkecai
Sebab ada otak pun tak boleh pakai..!

Segala janji manis usah mudah nak telan
Fikir dulu dengan akal kewarasan
Berfikir sebelum bertindak
Itulah dinamakan orang yang bijak.

Jangan bertindak sesuka hati
Silap-silap diri sendiri yang akan rugi
Menyesal pun dah tak bererti
Termenung hari-hari menggigit jari.

Cakap orang jangan mudah ikut
Tak guna jadi pak turut
Kalau tak luka buat apa nak dibalut
Kalau lenguh barulah berurut.

Ada otak fikirlah sendiri
Tak cukup ilmu kena cari lagi
Tak semestinya masuk universiti tiga empat kali
Ilmu ada di mana-mana tak semestinya kena beli.

Otak yang ada kenalah pakai
Jangan mudah nak tergadai
Usah berterusan diri terlalai
Susah-susah sangat duduk surau jadi Tok Lobai..!

MAHATHIR KELUAR UMNO? "APO NAK BUEK...!"

"Tun Mahathir keluar Umno..?"

"Biarkanlah.., itu hak dia..!"

"Dalam umno, sapo-sapo pun boleh masuk..., sapo-sapo pun boleh keluar. Itu hak masing-masing.

"Selamat berjaya untuk Tun..!"

Saturday, May 17, 2008

MACAM MANA NASIB MELAYU KINI DAN SELAMANYA..?

Nasib Melayu...?

Huh dah tak menentu. Silap-silap akan menjadi nasib batu, yang akan tenggelam dan terus lenyap selamanya selamanya.

Kenapa jadi begitu...? Sebab Melayu sendiri yang sentiasa 'bunuh' Melayu. Seorang Melayu yang 'naik', seribu Melayu lain yang akan menjatuhkannya. Yang akan berlumba-lumba 'membunuhnya'.Lalu akan naiklah pula Melayu yang tak berjiwa Melayu. Melayu yang hanya pada nama. Melayu yang hanya pada kulit. Melayu yang mudah dipergunakan oleh bukan Melayu. Maka akan hilanglah ketuanan Melayu di tanah airnya sendiri.

Melayu dalam keadaan sekarang pun hidup segan mati tak mau. Nak buat apa-apa pun susah, macam dah jadi penumpang di negara orang pula. Melayu nak pinjam wang nak berniaga, macam-macam alasan dan jaminan yang dimahukan pihak-pihak tertentu. Itu baru nak pinjam RM1000 atau RM2000. Belum dua juta lagi. Kalau boleh semua yang ada, termasuk yang dalam kain pun nak dijadikan jaminan.

Sebab apa? Sebab Orang Melayu yang diberikan tanggungjawab itu tak berjiwa Melayu. Masih berjiwa asing. Kalau bangsa asing, bukan main mudah lagi dapat pinjam. Itu masih ramai orang Melayu yang berkuasa di agensi-agensi tertentu. Itupun dah susah Melayu nak bangkit. Belum lagi bukan Melayu yang berkuasa. Silap-silap Melayu berundur masuk dalam gua, hidup macam zaman batu.

Sedarlah MELAYUku. Sedarlah asal-usul kamu. Kalau Melayu tak tolong Melayu, jangan harap orang lain nak tolong Melayu.

Ingat, orang lain baik dengan Melayu sebab ada kepentingan. Kalau tak ada kepentingan, jangan kata muka Melayu, bontot Melayu pun tak ada orang nak tengok. Kesian Melayuku...!

Sesungguhnya dah lama Melayu tak ada harga. Tak ada nilai pada pandangan orang lain, termasuklah 'orang-orang yang berdarah Melayu + bukan Melayu. Liohatlah di sekitarmu sejak dulu hingga kini wahai Melayu: Anak-anak dara yang berdarah campuran Melayu dan bukan Melayu pun tak berminat nak berlakikan lelaki Melayu. Kecualilah kalau Melayu itu hartawan atau jutawan. Kalau tak, jangan kata sebelah mata, kalau anak dara darah campuran yang bermata buta pun tak nak pandang lelaki Melayu.

Begitulah sebenarnya nasib Melayu. Nasib yang akan terus Me'layu' dan terus melayu di tanah airnya sendiri, sekiranya tiada kesedaran oarang Melayu sendiri.

Moral:

Maaf, ini bukan Melayu bercakap soal perkauman. Jangan salah faham pulak. Ini Melayu cakap tentang nasib dan perangai orang Melayu. Kerana terlalu ramai Melayu yang tak sedar diri dan tak tengok cermin mukanya sendiri secara realiti. Aduhai Melayuku...!

Friday, May 16, 2008

APA YANG PELIKNYA..?

Hari Khamis, pukul 8.30 malam aku menonton berita di TV swasta. Kata penyampainya, berita seterusnya agak pelik tapi ada kebenaran,iaitu berita mengenai seorang lelaki yang sudahpun beristeri tiga, tapi dia mahu bernikah seorang lagi dan dipersetujui oleh ketiga-tiga isterinya itu.

Mungkin itu yang dikatakan pelik, kerana ketiga-tiga isterinya mengizinkan suaminya itu berkahwin seorang lagi, walaupun dibantah oleh mahkamah.

Tapi apa sebenarnya yang pelik kalau isteri yang sedia ada membenarkan suaminya berkahwin, asalkan tidak melebihi empat orang, sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat Islam. Lagipun berkahwin empat itu memang ada dalam hukum agama Islam. Jadi tak ada yang peliknya.

Sebenarnya yang pelik ialah bila isteri yang sedia ada tak membenarkan suaminya berkahwin lagi, walaupun suaminya itu mampu segala-galanya. Itulah yang sepatutnya dikatakan pelik. Sebab sesuatu yang sepatutnya boleh, tapi tidak dibolehkan, itulah yang pelik. Kalau yang sepatutnya boleh dan diberikan pula keizinan, apa yang peliknya..? Cubalah kita fikir-fikirkan.

Moral:

1.Manusia hari ini sentiasa dalam kekeliruan dan sentiasa pula dikelirukan oleh manusia yang merasakan dirinya pandai dan serba tahu, sedangkan dia tidak tahu apa yang dia rasa dia tahu.

2. Manusia hari ini suka sangat benda-benda yang sensasi. Jadi peluang itu sentiasa diambil kesempatan oleh manusia-manusia yang sengaja suka cipta sensasi.

3. Sebagai manusia yang waras, kita kembalikan akal kita kepada asas... ke akar umbi dengan tahu membezakan antara yang realiti dengan yang sensasi.

Wednesday, May 14, 2008

PENULIS BLOG TAK BERTANGGUNGJAWAB..?

keris melayu yg hilang



ALAHAI.... ! Itulah yang dinamakan manusia... ada perasaan dan tak ada perasaan.

Menulis sesuka hati tanpa memikirkan perasaan manusia yang lain. Haprak punya manusia...!Kerana aku MELAYU..., aku begitu tersinggung dan sakit hati dengana beberapa penulis blog yang haprak yang menulis komen tentang sesuatu kaum secara terbuka dan menyakitkan hati.

Mereka yang haprak dan tak sedar diri siapa mereka itu sanggup menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun dan menuduh kaum lain tanpa memikirkan sensitiviti kaum lain.

Yang menyakitkan hati, kerana aku MELAYU, terdapat laman-laman blog yang secara terbuka dan sesuka hati mereka menyenaraikan puluhan perkara yang kaum tertentu tidak suka terhadap orang MELAYU. Ia mengandungi hasutan dan penghinaan yang serius.Apa ke jadah semua ni...?

Di mana pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab yang boleh mengambil tindakan ke atas mereka ini? Takkan nak membutakan mata aje..! Sedarkah mereka bahawa semua itu boleh menggugatkan keamanan dan keselamatan negara?

Moral:

1. Kita ni selalu aje bersikap takpe... takpe..! Bila dah parah baru nak bertindak. Bila dah terhantuk baru nak terngadah.

2. Tanggungjawab dalam mengawal sesuatu perkara yang berkaitan diberikan kepada 'wrong person.

3. Bangsa lain dah tak respect MELAYU lagi sebab MELAYU dah lemah. MELAYU suka dengki sesama sendiri. MELAYU sendiri yang meletakakkan MELAYU di tempat yang paling hina dan keji kerana 'bersarangnya' sikap busuk hati dan dengki khianat.

4. MELAYU yang diberikan tanggungjawab tak ada perasaan MELAYU. Ramai MELAYU lupa diri. Asalk penuh tembolok, asal kocek penuh, haram tolak tepi, bangsa tepis tepi... janji dapat hidup senang lenang, kereta besar duit banyak, holiday acap kali. Dihina, dimaki dikeji pun tak apa...!

Itulah MELAYU haprak.... MELAYU yang jadi puntung kayu api di neraka jahanam..!

Friday, May 2, 2008

GODEKGODEK

GODEKGODEK @ GODEK-GODEK - bermaksud kacau, sentuh, usik, kuis-kuis atau yang sewaktu dengananya. Maka akan bermulalah langkah untuk mengacau, menyentuh, mengusik atau menguis yang bertujuan melebarkan pendapat atau pandangan untuk kebaikan bersama.

Godek-godek yang bertujuan untuk membina minda bersama ini akan dapat ditatap bersama dari semasa ke semasa.... mengikut keperluan dan keadaan.

Diharap yang terkena godek usahlah cepat melatah atau ambil hati. Sebaliknya kita fikirlah bersama untuk kebaikan. Lagipun godek-godek ini seladar pendapat dana pandangan penulis saja.Ini sekadar permulaan dan salam perkenalan. Lain kali kita jumpa lagi....!

Salam dari Yul Brener.